Krisis Sabah: UMNO Tetap Sokong Bung Mokhtar, Yakub

KUALA LUMPUR: Di sebalik polemik politik kerajaan negeri Sabah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO akan tetap bersama pimpinan dan akar umbi parti di negeri itu.

Meskipun pemimpin parti di negeri berkenaan tidak lagi memiliki jawatan di kerajaan negeri, Presiden UMNO itu menegaskan bahawa parti akan sentiasa mendukung citra dan strategi UMNO Sabah.

“Apa yang berlaku mutakhir ini di Sabah, saya ingin membuat penegasan bahawa UMNO Pusat akan tetap bersama-sama dengan pimpinan dan akar umbi UMNO Sabah.

“Kita akan mendukung citra dan juga strategi UMNO Sabah. Kepada YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Yakub Khan, kedua-dua orang ini kehilangan jawatan tetapi jangan risau, insya Allah rezeki tidak pernah salah alamat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Awal minggu ini, Bung Mokhtar mempersoalkan keabsahan kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yanh didakwanya tidak mengikut acuan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan itu, Hajiji merombak kabinet Negeri yang akhirnya menyaksikan Bung Mokhtar digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, kelmarin.

BBerkaitan

Latest articles