Krisis Politik Sabah Tak Dibincang Dalam Mesyuarat MKT Malam Ini

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO malam ini, tidak akan membincangkan situasi di Sabah.

Hal itu dinyatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang ditemui pemberita, malam ini.

Untuk rekod, Bung Mokhtar digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri I Sabah, semalam.

Bung Moktar, dalam masa yang sama memaklumkan beliau menerima keputusan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk mengugurkannya dari Kabinet Kerajaan Negeri.

“Kita bincang untuk kebaikan parti. Sabah sekarang tenang.

“(Datuk Seri terima keputusan digugurkan daripada Kabinet Sabah?) Biasa kita terima. Ini bukan pertama kali. Insya-Allah setiap perjuangan ada perjuangannya.

“(Malam ini isu UMNO Sabah akan dibincangkan?) Tidak. Ini malam mesyuarat ringkas,” kata Bung Mokhtar ketika beliau menuju ke lif untuk menghadiri mesyurat MKT.

Hajiji semalam mengumumkan rombakan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah yang menyaksikan pengguguran Bung Mokhtar daripada Kabinet.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu sebelum ini mempersoal keabsahan kerajaan Hajiji, yabg didakwanya tidak mengikut ‘acuan’ Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, keputusan melantik dua wakil UMNO memegang portfolio menteri termasuk jawatan timbalan ketua menteri dianggap “membelakangkan” parti itu.

Bung berkata, pelantikan mereka tidak mewakili UMNO, selain tidak diiktiraf UMNO Sabah yang dipimpinnya.

BBerkaitan

Latest articles