kredibiliti saksi dalam kes bekas pegasas bersama revenue group dipersoal mahkamah

KUALA LUMPUR: Adakah ini “witness statement” kamu? soal Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Rozina Ayob kepada Saksi Pendakwaan (SP1), Foo Wai Ting, 56 pada perbicaraan kes membabitkan 12 pertuduhan bersubahat bagi memalsukan invois dan pesanan pembelian bernilai RM13.8 juta, tiga tahun lalu.

Wai Ting, ketika ditanya menunjukkan reaksi teragak agak walaupun menjawab bahawa beliau faham dan mengakui itu adalah kenyataan bertulis beliau.

Pertanyaan Hakim itu, merujuk kepada kenyataan bertulis saksi yang didapati mengandungi beberapa kesalahan termasuk beberapa perkara asas seperti taraf pendidikan, latar belakang tempat pendidikan dan jawatan terkini yang disandang oleh Wai Ting.

Saksi Pendakwaan , Foo Wai Ting ketika hadir ke mahkamah hari ini

Wai Ting kemudian meminda taraf pendidikannya daripada STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) pada tahun 1990 di Sekolah Menengah Masjid Tanah, Melaka kepada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun 1981 di Sekolah Menengah Taman Ehsan Kuala Lumpur.

Wai Ting selain itu, membuat pindaan jawatan terkini beliau sebagai Penolong Pengurus di Bank CIMB Desa Park berbanding jawatan Pengurus Perkhidmatan Pelanggan pada kenyataan bertulis yang asal.

Beliau menjelaskan jawatan Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan adalah tugasan beliau selaku Penolong Pengurus di bank berkenaan.

Terdahulu Peguambela, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Amer Hamzah ketika Wai Ting membaca keterangannya, bangkit mencelah mempersoalkan kenyataan berkenaan yang didapati bercanggah kerana berlaku kesalahan kesalahan asas selain turut mempersoalkan sama ada ia wajar diteruskan.

Amer, selain itu mencabar sama ada kenyataan bertulis itu, releven untuk perbicaraan ini kerana didapati tidak sedikit pun menyatakan nama nama Syarikat yang terbabit di dalam pertuduhan iaitu Golden Infor Services, Accucom Solution PLT dan Omega Dynasty Sdn Bhd yang terdapat di dalam kertas pertuduhan.

Beliau memberitahu mahkamah di dalam kenyataan bertulis itu hanya menyebut satu nama Syarikat iaitu Daily Max Ventures Sdn Bhd yang tidak terkait dengan sebarang pertuduhan.

Timbalan Pendakwaraya, Mohd Sharom Idris meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kerna berlaku banyak kesilapan dari segi susunan dokumen yang dikemukakan.

Hakim membenarkan dan perbicaraan ditangguhkan pada Isnin 10 Jun 2024.

 

BBerkaitan

Latest articles