KR1M Perlu Diwujudkan Kembali

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan hari ini patut mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan kembali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual barangan pada harga murah

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, ini kerana rakyat pada hari ini tersepit dengan peningkatan kos sara hidup, termasuk harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

Kini ramai menyedari premis diperkenalkan menerusi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak itu sebagai “kedai terbaik” untuk rakyat marhaen.

“Moga kerajaan kali ini dapat mewujudkan semula kedai seperti ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja.

“Terima kasih Najib Razak atas usaha yang terbaik ini,” menurut Akmal yang juga exco Melaka dalam hantaran di Facebook diikuti #RinduZamanNajib.

KR1M, sebuah inisiatif bawah pentadbiran Barisan Nasional, dirasmikan pada 2011 oleh Najib, perdana menteri ketika itu.

Projek rintis model KR1M bermula di Stesen LRT Kelana Jaya kemudian diperluas ke kawasan rumah kos rendah seperti PPR dan flat, sejajar dengan matlamatnya membantu golongan B40 di kawasan bandar.

Harga barangan yang dijual di KR1M 30% lebih rendah daripada harga pasaran.

KR1M ditutup pada 2017 selepas kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) ditamatkan.

BBerkaitan

Latest articles