KPWKM Anjur Forum Galak Penglibatan Wanita Dalam Politik

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik dalam kalangan wanita dipelawa menyertai forum anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membincangkan usaha meningkatkan penglibatan kaum wanita sebagai Ahli Parlimen, Menteri dan Timbalan Menteri.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, forum berkenaan diadakan demi meningkatkan bilangan wanita bukan hanya dalam arena politik bahkan dalam bidang pembuatan dasar dan polisi negara.

Rina percaya, tanpa ada usaha dan kerjasama semua pihak, hasrat untuk terus memperkasakan wanita tidak akan menjadi kenyataan.

“Kita masih perlu pemimpin-pemimpin wanita, yang perlu kita ketengahkan sebagai Ahli Parlimen, menteri dan timbalan menteri.

“Bila sebut penglibatan Ahli Parlimen wanita, nak jadi timbalan menteri wanita, menteri wanita bukan KPWKM sahaja tetapi penglibatan yang lain buat dasar dan polisi di Dewan Rakyat.

“NGO (badan bukan kerajaan) mungkin boleh desak kerajaan tetapi kita yang di dalam Dewan Rakyat tidak mahu mengubah dasar dan polisi ia akan hanya tinggal desakan demi desakan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Pra Pelancaran Sidang Kemuncak kepimpinan Wanita Dunia 2023.

Forum berkenaan dijadualkan berlangsung pada minggu depan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ia bukan sahaja akan dihadiri pemimpin parti dalam kalangan kerajaan bahkan parti pembangkang.

“Kita akan panggil Presiden-presiden parti, Setiausaha Agung parti. Kalau setakat wanita sahaja bersuara yang pilih mereka tidak akan jadi,” tambah beliau.

BBerkaitan

Latest articles