KPN Ingatkan Orang Ramai Tak Sertai Apa Jua Perhimpunan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga menasihatkan setiap individu di negara ini untuk menghormati titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan mendukung prinsip Rukun Negara khususnya undang-undang serta kesopnanan dan kesusilaan yang merupakan pancang kepada kemakmuran negara.

“PDRM menjunjung hormat dan menyusul titah YDPA berhubung kuasa prerogative YDPA sepetimana termaktub dalam Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas memandu semua pihak yang berhasrat untuk mendapatkan pengampunan perlu mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan dan bukannya melalui perhimpunan atau apa jua saluran yang tidak mengikuti undang-undang,” katanya.

Kenyataan Razaruddin menyusul selepas Istana Negara hari ini menegaskan setiap pihak untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan, termasuk kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu satu Himpunan Solidariti Bersama Najib akan diadakan pada 6 Januari ini di Istana Kehakiman Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Najib yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung titah adendum yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu mengenai tahanan rumah.

BBerkaitan

Latest articles