KPM Siasat Kenyataan ‘Adlina Awang’ Berhubung Kenaikan Gaji

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pegawainya yang didakwa membuat kenyataan secara terbuka berhubung pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata secara ringkas, beliau masih menunggu hasil siasatan yang dibuat terhadap wanita berkenaan.

“Saya fikir perkara itu sedang dalam siasatan di peringkat KPM dan kita sedang tunggu hasil siasatan, insya-Allah,” ujarnya pada pemberita hari ini.

Sejak semalam, tular di laman sosial Facebook Kami Guru Malaysia, seorang pegawai KPM menasihati golongan pendidik agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan gaji penjawat awam.

Wanita itu mendakwa kenaikan gaji sebanyak 15 peratus yang akan dibuat pada Disember itu masih lambat dan dalam tempoh itu pelbagai situasi boleh berlaku.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan berita gembira kepada penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus – kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.

Mengulas perkara itu, Fadhlina berkata, ia merupakan salah satu komitmen Kerajaan Madani menghargai golongan penjawat awam yang memberikan sumbangan dan dedikasi dalam usaha meningkatkan keupayaan negara.

“Alhamdulilah. Salam 15 peratus kenaikan dan saya fikir ini berita yang sangat mengembirkan buat semua. Ia juga menggambarkan tekad Kerajaan Madani untuk terus menjaga dan memastikan kebajikan khusu buat pejawat awam.

“Ini juga jelas memastikan apa yang sedang kita kerjakan ini adalah sebahagian komitmen kerajaan dan mudah-mudahan urusan kita dalam isu lain turut diberi kemudahan insya-Allah,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles