KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja.

Ketetaoan itu diambil selepas negara mencatatkan rekod kes baru COVID-19 yang semakin tinggi.

Ia membabitkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa setara.

Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

Memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat ketetapan berikut:

(i) Sekolah Berasrama Penuh

Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

• boleh kekal di asrama dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian di sekolah; atau

• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

(ii) Asrama Sekolah Harian

Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di

sekolah; atau

• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau

penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang

pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis

panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

KPM berkata, keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

Untuk tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021.

Manakala guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka.

Guru yang lain akan melaksanakan PdPR dan kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

Bagi pelajar Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Sementara itu, semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama perlu kekal berada di asrama kampus.

Pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing. PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.

Perincian berkaitan pelaksanaan praktikum dan internship IPG akan dimaklumkan kelak.

Pada masa yang sama, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah Kerajaan Negeri.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ramai Lagi Pemimpin UMNO Senada Dengan Musa Desak Zahid Berundur

Lebih ramai pemimpin UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan mendesak pengunduran Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjaga integriti parti itu...

Demi Rakyat, DAP Sedia Bekerjasama Dengan UMNO

DAP memaklumkan pihaknya tidak akan berpakat secara politik dengan UMNO, namun bersedia bekerjasama sekiranya membabitkan kepentingan rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian...

PKR Tak Pernah Bincang Kerjasama Dengan UMNO, BERSATU

PKR bersedia bekerjasama dengan parti politik yang disifatkan sealiran dengannya, sekaligus menolak dakwaan bahawa wujud perbincangan dengan UMNO atau BERSATU untuk mendepani PRU15. Presiden PKR,...

Lepas Gagal Membunuh, Kini Pihak Lawan Cuba Kawal UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya ‘musuh’ sedang berusaha mengawal parti itu setelah cubaan untuk memusnahkannya menemui jalan buntu. Menurutnya, pihak lawan...

Cucu Jadi Mangsa Cabul Datuk

Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai mencabul cucu perempuannya yang berumur lapan tahun di sebuah rumah di Taman Perumahan Skudai, Johor Bahru,...