KPLB Umum Perlantikan 4 Pengerusi Baru Agensi Di Bawahnya

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan pelantikan pengerusi baru bagi 4 agensi di bawahnya yang akan berkuat kuasa 15 Mei ini.

Mereka ialah Prof Emeritus Dr Sukiman Sarmani sebagai pengerusi Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd (Unitek-Mara), Ahmad Azizi Ali (Mara Incorporated), Azrulnizam Abdul Aziz (Pelaburan Mara Bhd), manakala Burhanuddin Md Radzi sebagai pengerusi Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC).

Baca 

KEMENTERIAN LUAR BANDAR LANTIK LIMA PENGERUSI AGENSI BAHARU

Menteri Pembangunan Luar Bandar Dr Abdul Latiff Ahmad dalam kenyataannya berkata, mereka yang dilantik mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan dalam merealisasikan visi dan misi agensi masing-masing.

Beliau berkata, KPLB yakin Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan subsidiarinya akan terus dipacu dengan aspirasi dan agenda perjuangan membangunkan sosio-ekonomi bumiputera dengan pelantikan berkenaan.

Baca

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SENTIASA CAKNA ISU RAKYAT DI LUAR BANDAR

“Ini dalam memastikan 3 sektor utama Mara meliputi keusahawanan, pendidikan dan pelaburan akan digerakkan secara seimbang dan menjadi teras strategik untuk membawa agenda bumiputera ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

 

BBerkaitan

Latest articles