KPKT Pertimbang Cadangan Beku Lesen Jual Arak

 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya bersedia untuk menimbang cadangan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penualan arak.

Ia berdasarkan jumlah kemabalang jalan raya yang membabitkan pemandu mabuk yang semakin meningkat sehingga menyebabkan kematian bagi pengguna jalan raya yang lain.

Katanya cadangan itu akan diteliti sebaiknya kerana ia akan memberi kesan jangka panjang.

“Bidang kuasa panduan ia termasuk dalam bidang PBT juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini.

“Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad hoc, …kerajaan harus memikirkan masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di sini, hari ini.

Malah Ahli Parlimen Ampang itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang meneliti beberapa perkara berkaitan isu penjualan arak yang perlu ditangani dari segi undang-undang penguatkuasaan dan hukuman yang perlu dikaji semula.

BBerkaitan

Latest articles