KPDNHEP Beri Jaminan Bekalan Tepung Gandum Mencukupi

KUALA LUMPUR: Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine bagi melengkapkan keperluan asas pengguna negara ini.

Sehubungan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan bahawa bekalan tepung gandum negara ini tidak terjejas meskipun selepas India melarang eksport keperluan asas tersebut.

“Justeru, larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara,” demikian memetik kenyataan kementerian berkenaan hari ini.

Tambah KPDNHEP lagi, seramai 2,200 penguat kuasa kementerian itu akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran.

BBerkaitan

Latest articles