KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang diadakan pada hari ini menyerlahkan solidariti dan kesepakatan sebuah gabungan parti yang terbukti memperjuang kesejahteraan Keluarga Malaysia serta iltizamnya membangunkan negara.
Konvensyen sehari bersempena ulang tahun ke-48 BN akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada BN dan merakamkan penghargaan terhadap sokongan akar umbi serta pucuk pimpinan gabungan parti itu.
“Semoga BN terus kukuh dan menjadi wadah perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya melalui poster yang dikongsikan pada hantaran itu.