Kondo tingkat 12 terbakar di Bukit OUG Malam Tadi

Dua unit kondominium di Bukit Oug, Bandar Bukit Jalil di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian Mers 999 pada jam 9.14 malam.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Mohamad Hafidz Yaacob berkata, jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dibantu BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling, BBP Seputeh ke lokasi kejadian membabitkan kekuatan 45 anggota selepas menerima panggilan kecemasan melalui pada 9.14 malam.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi kejadian pada 9.23 malam mendapati berlaku kebakaran kondominium.

“Kebakaran berlaku di tingkat 12 membabitkan dua unit kediaman dengan anggaran kemusnahan bagi yang pertama 90 peratus dan kedua terbakar 60 peratus.

Latest articles

Related articles

spot_img