Kon Yeow Kekal KM Pulau Pinang Jika PH Menang

KUALA LUMPUR: DAP menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon ketua menterinya pada PRN Pulau Pinang, sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan kepercayaan pengundi.

Hal itu dimaklumkan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dengan berkata, keputusan itu dibuat empat orang dalam pucuk pimpinan, termasuk Pengerusinya, Lim Guan Eng.

“Keputusan disampaikan kepada perdana menteri dan beliau memberikan restu kepada kami sebagai pengerusi Pakatan Harapan,” kata Loke dalam kenyataan.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi Chow akan digugurkan sebagai ketua menteri.

Loke berkata, akan ada muka baharu dalam senarai calon DAP sebagai sebahagian daripada “pembaharuan besar”.

“Pembaharuan itu bagi memastikan kesinambungan dan kelangsungan kepimpinan DAP di Pulau Pinang yang dianggotai golongan lebih muda, dinamik dan berkemampuan memimpin negeri ini ke tahap lebih tinggi, makmur dan mensejahterakan rakyat,” katanya.

PH memenangi 37 daripada 40 kerusi DUN pada PRU 2018, dengan Barisan Nasional memiliki dua kerusi dan PAS satu. Ia berkurangan kepada 33 kerusi selepas Bersatu meninggalkan PH.

DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (12) dan Amanah (2).

BBerkaitan

Latest articles