Komponen PH Belum Ada Perbincangan Pembentukan Kabinet

KUALA LUMPUR: Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan sehingga kini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membincangkan mengenai pembentukan Kabinet dengan komponen Pakatan Harapan (PH), sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis lalu.

“Setakat ini belum ada perbincangan pembentukan Kabinet bersama parti komponen PH.

“Saya percaya ia akan dibuat secepat mungkin oleh Anwar selaku Pengerusi PH dan untuk apa sahaja jawatan kita serahkan kepadanya,” katanya dalam majlis meraikan petugas PH di Parlimen Kota Raja malam tadi.

Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara pada 24 November lalu dan memulakan tugas rasminya pada pagi Jumaat.

Dalam pada itu Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu menyerahkan kepada Anwar dalam membuat keputusan pelantikan mana-mana pemimpin sebagai Menteri, termasuk dirinya yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan.

BBerkaitan

Latest articles