Seorang lelaki mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) 2.0 mengugut mahu menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Menerusi emel ugutannya kepada pihak media turut mendakwa akan menyerang Sri Lanka selepas serangan itu.
Malah individu itu turut mengugut mahu menambak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Malah dia juga mendakwa pihak polis menghalang media untuk berhubung dengannya sehingga gagal menggunakan WhatsApp dan telefon bimbit termasuk komputernya turut disekat.
Individu terbabit juga memberikan nombor telefonnya dan bersedia ditemubual media yang berminat.
Abdul Hamid dalam pada itu memaklumkan dirinya mengambil maklum dakwaan individu terbabit.
“Kita masih mengesan individu yang mendakwa dirinya ketua komander LTTE 2.0 dan melakukan ugutan itu.
“Kita akan menyiasat namun saya yakin individu ini sudah pernah dikesan sebelum ini,” katanya.