More

    KM Sabah: TYT Minta Lebih Masa Untuk Putuskan Siapa Yang Layak

    Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin memberitahu bahawa Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meminta diberikan masa sebelum memutuskan ketua menteri Sabah yang baru.

    Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenai calon ketua menteri, susulan kemenangan mereka di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

    Bagaimanapun pertemuan yang berlangsung dalam tempoh dua jam itu dikatakan sedikit sukar memandangkan gagal mendapat kata sepakat daripada parti-parti sekutu dalam memilih ketua menteri.

    GRS, yang menang 38 kerusi, kini mendapat tiga lagi sokongan calon bebas yang menang dalam PRN Sabah, menjadikan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka sebanyak 41, meninggalkan Warisan Plus yang hanya menang 32 kerusi.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini