KM Melaka Letak Jawatan, Ab Rauf Dikata Sebagai Pengganti

KUALA LUMPUR: Melaka dijangka bakal mendapat Ketua Menteri yang baru, pada Jumaat ini selepas penyandangnya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali Sulaiman melepaskan jawatannya.

Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka malam tadi.

Beliau berkata, Sulaiman telah datang menemuinya untuk menyerahkan surat tersebut di Parlimen semalam.

“Saya akan mengadap TYT Tun Ali Rustam untuk mempersembahkan calon yang bersesuaian bagi pelantikan ketua menteri yang baharu.

“Saya harap kebijaksanaan TYT Tun untuk menerima watikah yang akan saya kemukakan dan majlis angkat sumpah ikut kesuaian tarikh TYT Tun,” katanya.

Ditanya adakah Datuk Seri Ab Rauf Yusof bakal menggantikan Sulaiman, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak boleh mengesahkan perkara tersebut dan pada masa yang sama tidak menafikannya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita di Bentong.

Ura-ura mengatakan hampir pasti Sulaiman akan digantikan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh – nama yang sering menjadi spekulasi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 lalu.

BBerkaitan

Latest articles