Kluster Kelab Malam, Korea Selatan Bakal Berdepan Gelombang Kedua Covid-19

Korea Selatan pernah diiktiraf dunia sebagai sebuah contoh negara yang berjaya membendung wabak Covid-19.

Selepas selesa dengan gelaran tersebut, Korea mula melonggarkan beberapa sekatan, termasuk membenarkan semula operasi hiburan di kelab malam dan bar.

Tindakan tersebut, bagaimanapun meletakkan Seoul kembali sebagai lokasi berbahaya dengan pandemik itu dengan kemunculan kluster kelab malam di Itaewon yang terkenal dengan kehidupan malam.

Seorang lelaki yang berusia 29 tahun yang disahkan positif Covid-19 telah dilaporkan menjangkiti lebih daripada dua dozen kes selepas menghabiskan masa di lima bar dan kelab malam pada hujung minggu lalu.

Datuk bandar Seoul, Park Woon Soon berkata jumlah kes dijangka terus meningkat, apabila sekitar 7,200 pelanggan dipercayai mengunjungi lima premis berkenaan.

“Kecuaian boleh membawa kepada letusan kes baharu.” ujarnya.

Sehubungan itu kesemua pelanggan kelab malam dan bar di lima premis berkenaan untuk tampil sendiri membuat saringan.

BBerkaitan

Latest articles