Kluster Keagamaan Catat Sifar Kes Untuk Dua Minggu Epidemik Berturut-Turu

Kluster keagamaan terus menunjukkan tiada jangkitan kes baharu untuk dua minggu epidemik berturut-turut iaitu minggu epid ke 25 dan 26.

Dalam info grafik yang dimuatnaik di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 6 Julai lepas, ia menunjukkan sifar kes dari kluster melibatkan agama untuk minggu ke-25 iaitu dari 20 Jun ke 26 Jun dan minggu ke-26 iaitu dari 27 Jun hingga 3 Julai lalu.

Kluster baharu juga menunjukkan corak penurunan kira-kira 3.3 peratus apabila bilangan pada minggu epid ke-25 sebanyak 151 kluster turun kepada hanya 146 kluster pada minggu epid ke-26.

Kluster tamat meningkat sebanyak 33.6 peratus apabila bilangan 107 kluster diisytiharkan tamat melonjak kepada 143 kluster masing-masing bagi tempoh minggu ke-25 dan 26.

Perkembangan baik pada kluster keagamaan itu menjurus kepada pengumuman pembukaan semula surau dan masjid dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang bermula esok.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan ketetapan baharu hari ini berhubung had jemaah di masjid dan surau membabitkan kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Jumlah jemaah yang dibenarkan dalam satu masa mengikut keluasan sesebuah masjid atau surau. Untuk solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha yang bakal menjelang, bilangan had jemaah yang dibenarkan ialah antara 12 hingga 300 orang pada satu masa.

BBerkaitan

Latest articles