KLHA Atur Perjumpaan Dengan Annuar Bincang Isu Pemilikan Stadium Hoki KL

Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) bercadang mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam tempoh terdekat sebagai usaha menyelesaikan krisis pemilikan pengurusan Stadium Hoki Kuala Lumpur di Bangsar.

Presidennya, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berharap perjumpaan itu dapat menyelesaikan masalah berkenaan sekaligus memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Perjuangan kami ini adalah untuk memastikan warga Hoki Kuala Lumpur terus mempunyai stadium dan membolehkan kami memperbanyakkan aktiviti pembangunan hoki di sini sebaik tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Mungkin ada beberapa pihak membuat kenyataan terdahulu tanpa mengetahui keadaan sebenar, tindakan ini menjadikan situasi bertambah keruh. Jadi harapan saya semoga semua warga hoki di Kuala Lumpur faham dan jelas pihak KLHA sedang melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, isu pemilikan stadium berkenaan telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Sejak menerajui KLHA, Megat D. Shahriman sentias mencari penyelesaian terbaik.

KLHA sebelum ini diarahkan mengosongkan pejabat mereka di stadium hoki tersebut oleh DBKL atas alasan gagal menguruskan premis berkenaan dengan baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

BBerkaitan

Latest articles