KKR Komited Tampal Jalan Berlubang Dalam Tempoh 24 jam

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengulangi komitmennya untuk memastikan setiap jalan raya yang berlubang, akan ditampal dalam tempoh 24 jam.

Menurut KKR dalam satu kenyataan, hari ini, Kempen Zeropothole (Sifar Jalan Berlubang) yang dijalankan dari 2016 hingga 2018, sudah diperkenalkan semula pada Julai lalu.

Katanya, inisiatif kementerian bersama enam syarikat konsesi Jalan Persekutuan di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan, akan memperkukuh komitmen dalam perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya.

“Bawah kempen ini, kerja menampal jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam, iaitu pembaikan sementara susulan penemuan atau aduan kerosakan.

“Dalam tempoh tiga hari, pembaikan kekal akan dilakukan seperti dalam kontrak Penyelenggaraan Jalan Persekutuan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerosakan ‘pothole’ merujuk kepada lubang dengan kelebaran di bawah 200 milimeter (mm) hingga 1,000mm.

Jika kelebaran lubang adalah di bawah 200mm, teknik tampalan tidak membabitkan potongan tetapi sebaliknya ditampal terus.

“Apabila kelebaran lubang adalah hingga 1,000mm, ia memerlukan kaedah pemotongan jalan sebelum menampalnya.

“Jika melebihi 1,000mm pula, ia perlu dirawat sebagai kegagalan ‘paveman’,” katanya.

KKR menjelaskan, kerajaan juga sudah meluluskan peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2021 bagi pelaksanaan kerja di Jalan Persekutuan dikenal pasti.

Katanya, KKR akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan permukaan jalan tidak cepat rosak akibat lebihan muatan.

“Statistik hingga 30 November lalu mendapati sebanyak 4,091 aduan kategori infrastruktur awam diterima, termasuk 1,473 aduan jalan rosak.

“Semua aduan sudah diselaraskan dan diambil tindakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sebanyak 200,000 jalan berlubang dikesan dan dibaiki, tahun lalu. Tahun ini hingga Jun lalu pula, 64,000 jalan berlubang sudah direkodkan dan diambil tindakan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, KKR sentiasa komited memastikan aduan diterima, diselesaikan dengan segera tanpa mengira status pengadu, malah mengamalkan ‘No Wrong Door Policy’ demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, katanya, KKR sentiasa prihatin dan mengambil serius isu berkaitan keselamatan pengguna jalan raya, termasuk isu yang dibangkitkan.

“KKR melalui JKR yang berfungsi sebagai Perunding Utama Teknikal negara, mengurus aset bagi Jalan Persekutuan (17,896.036 kilometer) dan Jalan Raya Negeri (236,581.527 kilometer).

“Tahun depan, KKR memperuntukkan sebanyak RM1.09 bilion bagi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan seluruh negara, termasuk bil elektrik, lampu isyarat dan lampu jalan.

“Bagi penyenggaraan Jalan Negeri yang turut disenggara oleh JKR, peruntukan adalah bawah kerajaan negeri (bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS).

“Melalui Belanjawan 2021, peruntukan MARRIS telah dinaikkan hingga 20 peratus atau RM50 juta yang mana lebih rendah,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...

Kerajaan Benarkan Kedai Cermin Mata Dan Dobi Layan Diri Beroperasi Ketika PKP

Kerajaan sudah memperhalusi bahawa ada keperluan untuk membuka kedai cermin mata dan dobi layan diri dalam kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk...