KKM terus cari strategi urus peningkatan kes Covid-19- Dr Adham

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mencari strategi bagi menangani peningkatan jumlah kes Covid-19, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, antara langkah yang telah diambil ialah menambah kapasiti katil termasuk menukarkan beberapa hospital KKM kepada hospital Covid-19 atau hibrid Covid-19 sepenuhnya, pertambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), memperkenalkan pengasingan dan pemantauan di rumah untuk pesakit kategori satu (tidak bergejala) dan kategori dua (gejala ringan), selain kaedah kuarantin kendiri serta pembabitan hospital swasta untuk menguruskan pesakit Covid-19.

“Selain itu, perkhidmatan penjagaan utama juga menubuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di setiap daerah untuk menilai pesakit Covid-19 yang sesuai menjalani pengasingan dan pemantauan di rumah.

“Kami turut membabitkan doktor am dalam membantu KKM membuat penilaian pesakit dan memberi pendidikan kesihatan mengenai pengasingan dan pemantauan di rumah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan portal berita bertajuk You don’t see what we see: A doctor tells his story of being ‘scared as hell’ of Covid-19 pada Selasa lalu.

Dr Adham berkata, KKM juga meningkatkan kapasiti makmal untuk mengenal pasti pesakit Covid-19 lebih awal melalui kerjasama dengan pelbagai agensi, universiti dan makmal swasta bagi menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) dan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag).

Walaupun berlaku kekurangan tenaga kerja dan bekerja terlalu teruk terutama di Lembah Klang, beliau berkata, KKM sentiasa berusaha mengatasi masalah itu dalam menangani pandemik itu.

Sejumlah 3,617 petugas kesihatan digerakkan KKM selain sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan keselamatan dan pelbagai agensi lain sejak tahun lalu.

“KKM juga memohon tambahan kakitangan dan juga latihan kepada kakitangan sedia ada untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab,” katanya.

Bagi menangani situasi petugas kesihatan yang keletihan dan terjejas emosi, KKM mengambil inisiatif menubuhkan Talian Sokongan Psikososial di peringkat negeri dan pusat serta bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan NGO dalam menganjurkan aktiviti ini.

Dr Adham berkata, pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial turut digerakkan ke hospital serta fasiliti kesihatan untuk menyediakan Pertolongan Cemas Psikologi kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan yang memerlukan.

Katanya, KKM meminta orang ramai, majikan dan individu membantu mengenal pasti kontak rapat di kawasan mereka bagi membolehkan tindakan awal diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

“KKM akan terus bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi menguruskan pandemik ini.

“Kami meminta agar rakyat Malaysia mematuhi semua nasihat kesihatan yang diberikan dan SOP ditetapkan kerajaan seperti mengamalkan 3W (Wash – kerap mencuci tangan, Wear – memakai pelitup muka serta Warn – memberi amaran kepada ahli keluarga, rakan dan jiran) dan mengelakkan 3S (kawasan Sesak, Sempit dan Sembang dekat),” katanya.-Bernama

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Sebaran intipati Mesyuarat MPT Bersatu palsu – Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR, 6 Mac  - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan maklumat yang didakwa intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada...

Dua Bekas ADUN DAP Sertai BERSATU

Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak hari ini menyertai BERSATU. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Mereka adalah ADUN...

Bayaran Ujian Pengesanan COVID-19 Dikecualikan Untuk 18,600 Pelajar IPT

Kerajaan mengecualikan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19 untuk sejumlah 18,600 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong...

Putusnya Hubungan UMNO-BERSATU Ada Implikasi Besar

BERSATU berpandangan bahawa pendirian UMNO untuk tidak lagi bekerjasama akan memberi kesan besar terhadap kedua-dua parti itu pada masa hadapan. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri...

Setahun Usia PN, BERSATU Seru Stabilkan Gagasan

BERSATU melihat tempoh setahun selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memperlihatkan semangat kerjasama di antara parti-parti yang terlibat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah...