KKM Sahkan Kesemua Ahli Mesyuarat MKN Bersama Menteri Agama Negatif Covid-19

Kesemua individu yang hadie ke mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara pada 3 Okt yang disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang didapati positif Covid-19 baru-baru ini, disahkan negatif.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga melaporkan pengesanan kontak rapat lain sehingga hari ini mendapati tiada dikesan positif.

“Sehingga hari ini tiada kes lain yang dikesan positif,” katanya pada sidang media semalam.

Untuk rekod, Zulkifli disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober lalu dan sedang menjalani rawatan dan kuarantin.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini