KKM, Pharmaniaga Dan Duopharma Tandatangani Perjanjian Bagi Bekalan Vaksin COVID19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini telah menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin iaitu syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin COVID-19.

Perolehan bekalan itu meliputi 28.75% dari populasi rakyat Malaysia.

KKM diwakili Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, manakala Pengarah Urusan PLS, Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar, mewakili pihak masing-masing.

BBerkaitan

Latest articles