KKM: Kapasiti Ujian Sampel Covid-19 Meningkat Kepada 37,000 Sehari

Kementerian Kesihatan memaklumkan menerima 37,000 ujian sampel saringan dan pengesan Covid-19, pertambahan 2,000 daripada jumlah yang diterima pada setiap hari.

Menteri Kesihatan. Datuk Seri Dr Adhan Baba juga berkata jumlah makmal yang menerima ujian sampel berkenaan juga bertambah daripada 53 kepada 56 di seluruh negara.

Katanya, ujian dan saringan bagi mengesan individu yang bergejala dan tidak bergejala adalah elemen terpenting dalam memastikan penularan wabak berkenaan dikawal.

“Data yang kita ada hari ini menunjukkan setakat ini kita dapat uji atau buat saringan hampir satu juta individu, mereka jalani ujian swab dan sampel dihantar untuk di uji di makmal seluruh negara.

“Setakat ini kita boleh saring 37,000 kes sehari dengan 56 makmal bersedia sepenuhnya untuk menguji sampel.

“Malaysia antara negara yang mampu melakukan ujian pengesanan COVID-19 dengan kadar tinggi berbanding negara lain yang terjejas akibat wabak berkenaan,” katanya di sesi Bicara Dewan Muda Johor: Di Sebalik Pandemik COVID-19 di Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato Onn (IKLAS), malam tadi

Ujarnya lagi bilangan pensampelan saringan COVID-19 negara ini juga setanding dengan negara maju termasuk Korea Selatan, apabila mampu menyaring 28 individu bagi setiap 1,000 populasi.

“Ujian saringan di Korea Selatan ialah 26.29 bagi setiap 1,000 populasi dan hanya Singapura mampu menyaring 79 individu bagi 1,000 populasi mereka.

“Ujian dan saringan untuk COVID-19 ini adalah elemen penting untuk pastikan bahawa kita dapat mengesan, mengekang, menghalang serta membendung lebih awal penularan pada peringkat awal, sekali gus kita dapat meyakinkan rakyat bahawa kita dapat mengawal penyakit ini,” katanya.

Dalam pada itu Dr Adham memberitahu kejayaan Malaysia merendahkan jumlah jangkitan Covid-19 di kalangan masyarakat adalah disebabkan proses saringan yang pantas dan jumlah makmal ujian yang banyak.”Pegawai kementerian akan turun ke lapangan segera bagi membuat saringan apabila kes jangkitan dikenal pasti.

“Selepas itu, individu disyaki dijangkiti akan segera diasingkan dengan siasatan kontak rapat dijalankan serta-merta

“Sekiranya individu dalam pemantauan (PUI) didapati positif mereka akan kekal diasingkan dan kontak rapat juga akan disaring.

“Individu di bawah pengawasan (PUS) juga akan diasingkan sehinggalah 14 hari sebelum dilepaskan jika disahkan negatif. Langkah yang dibuat ini sangat berkesan dan menjadi faktor utama jangkitan di dalam masyarakat negara kita kekal rendah, ” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini