KJ Ucap Tahniah Atas Pelantikan Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap Dr Zaliha Mustafa akan meneruskan perjuangan untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang.

Khairy juga menaruh harapan agar Kementerian Kesihatan mendapat peruntukan setimpal dengan usaha gigih warga kerjanya.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu,” katanya menerusi Twitter.

Zaliha, Ahli Parlimen Sekijang juga adalah Ketua Wanita Johor bagi Parti Keadilan Rakyat.

Beliau adalah anyara 28 nama yang disenaraikan dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BBerkaitan

Latest articles