KJ Tak Pasti Masa Depannya Bersama UMNO

KUALA LUMPUR: Selepas memilih bersama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan, UMNO kini berada dalam zaman kegelapannya.

Itu komen bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Malah atas keadaan politik hari ini yang menyaksikan UMNO bekerjasama dengan bekas pihal lawannya selama ini, Khairy mendakwa perkembangan itu tidak berupaya menarik minatnya sendiri untuk kembali kepada parti itu apatah lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya tak tahu tentang itu (kembali UMNO kejar cita-cita jadi PM), saya fikir UMNO sekarang tempat yang sangat gelap buat masa ini.

“Saya tak pasti ia boleh dipulihkan daripada keadaan ini.

“Saya percaya bahawa UMNO telah terjerumus ke lembah kegelapan dan saya tak pasti jika boleh pulih selama-lama dari hari ini,” katanya kepada pemberita di UCSI University hari ini.

Baru-baru ini, penganalisis politik dan profesor pengajian Asia di Universiti Tasmania, James Chin tidak menolak kemungkinan Khairy Jamaluddin boleh mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri hanya dengan kekal bersama UMNO.

James berkata, Khairy tidak pernah menafikan cita-citanya itu.

Bahkan hasrat Khairy untuk memimpin negara mungkin tidak terlaksana sekiranya bekas Menteri Kesihatan itu menyertai PAS atau Bersatu.

BBerkaitan

Latest articles