KJ Tak Kisah Digelar Dajal Hanya Kerana Ditentang Golongan Antivaksin

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihaknya akan tetap bertegas dengan golongan yang enggan divaksin COVID-19.

Ini termasuklah dengan menyebarkan kesedaran dan penerangan tentang keberkesanan vaksin berkenaan.

Malah Khairy berkata dirinya tidak kisah digelar ‘dajal’ oleh golongan tersebut hanya kerana ketegasan KKM.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita sudah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin COVID-19 dari awal lagi dan kita terus memberi penerangan.

“Saya minta maaf saya terpaksa bertegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau apa sekalipun,” ciapnya di Twitter.

Reaksi Khairy itu merujuk kepada kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang menyifatkan tindakan Khairy mahu menghukum golongan yang enggan menerima vaksin COVID-19 sebagai langkah sombong.

Ini susulan pendirian KKM yang terus menggalakkan lebih ramai rakyat menerima vaksin dengan menggunakan pendekatan untuk akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Jelas beliau, ia merupakan langkah memberi kesedaran terhadap perbezaan kelonggaran terhadap yang sudah divaksin dan sebaliknya kerana enggan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini