KJ Sentiasa Dialu-alukan Sertai Bersatu

KUALA LUMPUR: Bersatu masih membuka ruang buka bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menyertai parti itu, demikian menurut Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa bekas Menteri Kesihatan itu masih belum sudi untuk bersama parti itu selepas mengadakan pertemuan sebelum ini.

“Saya tidak mahu macam dulu lagi, berjumpa dan berbincang.

“Pada peringkat awal, macam adalah, tapi saya tak fikir kita akan terus menerus buat begitu,” katanya menerusi program SKOP MG terbitan MalaysiaGazette malam tadi.

Muhyiddin berkata, Khairy boleh membuat penilaian terhadap apa juga keputusan yang akan dibuat.

“Dia boleh fikir kerana bijaksana. Dia mungkin lebih selesa bersama program podcastnya Keluar Sekejap, itu terserah,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Muhyiddin, Bersatu tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana pihak yang mahu menyertai parti tersebut.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional pernah membuat tawaran kepada Khairy untuk menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum Kali Ke-15.

Muhyiddin juga menafikan mempunyai niat sebagai umpan kerana ketika itu Bersatu sememangnya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan.

Keputusan itu juga dipersetujui pimpinan parti yang lain.

BBerkaitan

Latest articles