KJ Sedia Tanding Kawasan Baru

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaannya bertanding di mana-mana kawasan baharu yang diberikan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk mengumumkan senarai calon dalam masa terdekat ini.

“Biarlah pucuk pimpinan parti yang umum dan saya terima mana-mana kawasan diberikan,” katanya yang juga Menteri Kesihatan di sidang media khas perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya, hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas
ketiadaan namanya di dalam senarai calon BN di Negeri Sembilan.

Ura-ura mengatakan bahawa beliau bakal bertanding di Parlimen Sungai Buloh, Selangor.

Sebelum ini, Khairy memberi gambaran beliau akan mempertaruhkan nasib pada PRU15 di kerusi yang dimenangi oleh parti lawan pada PRU14 lalu.

Tanpa mendedahkan kerusi di Parlimen mana, Khairy berkata, buat masa ini terdapat tiga pilihan kawasan yang sedang dipertimbangkan dan beliau secara terbuka menerima cabaran berkenaan.

Sebelum ini khairy mengumumkan memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15 nanti.

BBerkaitan

Latest articles