KJ Lapang Dada Terima Kritikan Laksana SOP Ketat PRN Melaka

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beliau tidak sesekali membelakangi dan melemahkan UMNO ketika melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, baru-baru ini.

Meskipun ada pihak di dalm parti yang kurang senang dengan tindakannya, namun Khairy berpendirian tindakan itu mencerminkan menteri-menteri daripada UMNO mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik, termasuk tugasnya sebagai Menteri Kesihatan yang terbabit dalam pengurusan pandemik itu.

Ujar Khairy lagi, beliau sedaya-upaya cuba melindungi rakyat, jentera pilihan raya dan kepimpinan semua parti yang terlibat daripada dijangkiti COVID-19, selain mengelakkan berlaku kenaikan mendadak kes positif wabak itu seperti yang berlaku selepas PRN Sabah tahun lalu.

“PRN Sabah ketika itu tiada vaksin dan pematuhan SOP yang sangat longgar, kes meningkat mendadak. Kita nak elak ia berlaku semula, saya terpaksa ketatkan SOP dan tegas. Siapa yang langgar SOP kita ambil tindakan dan saya tak rasa ia membelakangkan parti.

“Saya laksanakan tugas sebagai Menteri Kesihatan yang mewakili UMNO. Saya mahu mereka (rakyat) melihat menteri (daripada) UMNO ini, sekurang-kurangnya menjalankan tugas dengan baik. Itu yang sepatutnya saya dinilai daripada segi gerak kerja saya (sebagai menteri),” katanya.

BBerkaitan

Latest articles