KJ Dedah Hendak Jadi PM, Nak Pimpin UMNO

SUNGAI BULOH: Kempen pilihan raya bagi calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin dihangatkan dengan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Malah Khairy turut bercita-cita untuk memimpin UMNO.

Hal itu disebut Khairy secara terbuka di hadapan ratusan pengundi dan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar di Ceramah Kata Janji KJ di Saujana Utama, malam tadi.

“Dengan takdir Allah SWT, dengan sokongan daripada rakan-rakan, satu hari nanti saya nak pimpin UMNO, satu hari nanti saya nak jadi Perdana Menteri kamu untuk kita bangunkan negara ini.

“Tapi saya perlu menang di sini (Sungai Buloh) dulu. Tak pernah saya cakap, kalau saya cakap begitu, semua MT (Majlis Tertinggi UMNO) nak pijak saya dan sudah sampai masanya saya nak sebutkan perkara itu.

“Saya rasa sudah sampai masanya saya cakap perkara itu, tapi bukan sekarang lah, sekarang ini kita menang, kekanda saya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu Khairy meminta pengundi memilihnya untuk membangunkan negara dan parti kerana ‘tidak boleh menunggu lama’.

“Saya umur 46 tahun boleh tunggu lagi, tapi jangan lama sangatlah, saya bersedia tapi saya kena buktikan dulu di Sungai Buloh.

“Kalau orang Sungai Buloh sokong saya, saya boleh maklumkan kepada orang parti saya datang ke kandang naga, 26,000 majoriti, saya menang kerusi untuk BN, saya mahu terajui parti, saya nak pimpin negara sekarang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles