KJ Beri Reaksi Atas Pemecatannya

KUALA LUMPUR: “Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

“Unbowed, unbent, unbroken (tak tunduk, tak bengkok, tak putus)”.

Demikian kenyataan ringkas bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan bekas Ahli Parlimen Rembau berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

Selain Khairy, turut dipecat adalah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Tan Sri Noh Omar atas alasan pelanggaran disiplin.

Beberapa pemimpin lain pula digantung keahlian selama enam tahun.

BBerkaitan

Latest articles