Kita Tak Amal Politik Balas Dendam

BATU PAHAT: Sekiranya keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memihak kepada Barisan Nasional (BN), gabungan itu berjanji tidak akan membalas dendam kepada mana-mana parti politik, meskipun pihak berkenaan sering mengkritik dan membuat dakwaan yang bukan-bukan.

Demikian menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sambil menegaskan amalan yang tidak sihat berkenaan tidak akan sesekali diamalkan walaupun perkara sama menimpa BN sebelum ini ketika parti lain berjaya membentuk kerajaan.

“Kita bukan jenis yang dipimpin, kita bukan jenis balas dendam. Masalah politik selesai secara politik, masalah perundangan selesai cara perundangan.

Jangan guna agensi penguatkuasaan.

“Kalau kita menang besar di Johor ini, saya berjanji dan akan menyatakan kepada Datuk Seri Hasni Mohammad jangan balas dendam kepada mana-mana parti politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Presiden UMNO bersama calon dan pengundi BN DUN Parit Yaani di Tongkang Pechah, semalam.

Ahmad Zahid berkata, semua parti dalam BN, termasuk MCA dan MIC sememangnya mengamalkan politik matang dengan tiada isu peribadi diselesaikan sehingga membabitkan perundangan.

Katanya, keserasian di antara parti komponen BN turut terbukti apabila berjaya mengekalkan bentuk kerjasama sejak sekian lama dan terus bertahan sehingga ke hari ini.

BBerkaitan

Latest articles