Kita Hormat Umur Tun M, Bukan Pendapatnya

KUALA LUMPUR: Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan pemimpin UMNO yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini sebagai lalat, disambut oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu beliau menghormati bekas Perdana Menteri itu atas faktor usianya, dan bukan pandangan yang dilontarkan.

”Saya fikir kita hormat usianya sahaja. Tapi saya tidak hormat pada pendapatnya,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA yang turut dihadiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini.

Baru-baru ini dalam kenyataannya, Dr Mahathir melabelkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai singa manakala Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh sebagai ‘lalat’.

Kritikan itu bermula selepas Kor Ming memaklumkan beliau tidak berminat untuk melayan mahu pun bergaduh dengan Dr Akmal dalam isu melibatkan sandwich ham.

BBerkaitan

Latest articles