Kit Siang Sanggah Dakwaan Tun M Kerjasama Sebelum Ini Hanya Untuk Jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR: DAP bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyangkakan bekas perdana menteri itu telah berubah.

Veterannya, Lim Kit Siang menolak dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa mereka saling bekerjasama untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dua hari lalu bekas Perdana Menteri berkata dia menggunakan DAP, DAP mempergunakan dia untuk mencapai tujuan. Saya tidak bersetuju.

“Saya merasakan bahawa bekas perdana menteri seorang yang telah berubah, bersimpati dengan perjuangan urustadbir yang baik, kedaulatan undang-undang untuk sistem yang lebih bersih. Nanum ia sebaliknya,” kata Kit Siang dalam forum sempena pelancaran buku biografi keduanya yang bertajuk ‘Lim Kit Siang, Malaysia First, Volume Two, Bold to The Last Battle‘.

Kit Siang mengulas temubual Dr Mahathir melalui podcast “Keluar Sekejap” dua hari lalu, dimana beliau mengakui mengunakan DAP melalui prinsip ‘the enemy of my enemy is my friend’ bagi menjatuhkan Najib.

Malah Dr Mahathir mendakwa DAP turut mempergunakan beliau kerana tujuan mereka adalah sama dalam menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri.

Dalam masa yang sama, Kit Siang juga tidak bersetuju dengan pendapat Ahli Parlimen Langkawi itu bahawa negara ini akan mengalami perubahan dalam tempoh sembilan tahun lagi.

Sebaliknya beliau yakin bahawa Malaysia akan bertambah lebih baik dalam tahun-tahun mendatang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Saya fikir kita telah belajar daripada pengalaman pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 tahun bahawa perubahan tidak boleh berlaku dalam tempoh satu malam. Ia mengambil masa dan tidak mustahil keadaan akan berubah.

“Ketika saya terjun dalam bidang politik pada 1965 saya tidak pernah fikir parti saya akan menjadi sebahagian kerajaan. Masa itu ada hegemoni UMNO yang kukuh dan tiada siapa sangka ia akan berlaku pada 2018,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles