More

    Kit Siang Cakap WHO Salah Sebab Mesyuarat Dalam Satu Bilik

    Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mendakwa tindakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) salah kerana menganjurkan mesyuarat seramai 500 orang peserta tentang wabak Covid-19 dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

    Beliau membalas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba baru-baru ini yang mengaku tersalah sebut bahawa beliau sudah bermesyuarat bersama dengan wakil dari 500 negara tetapi sebenarnya ialah 500 orang wakil.

    Dr Adham juga mengatakan 500 orang wakil berkenaan mewakili kira-kira 50 negara bermesyuarat bersama-sama WHO membincangkan tentang wabak Covid-19 secara online.

    Kalau lihat dari rekod perkhidmatan dan hayat Kit Siang di dalam politik, beliau mesti sudah matang dan mempunyai banyak pengalaman dalam menyertai dan mengadakan mesyuarat.

    Pada saat negara dan seluruh dunia berdepan wabak Covid-19 sehingga kebanyakan negara melaksanakan undang-undang untuk mengawal pergerakan, tidak mungkin ada tempat yang boleh mengadakan mesyuarat secara biasa dengan dihadiri 500 orang wakil.

    Kit Siang menulis kenyataan sedemikian di dalam blog rasminya sendiri.

    Tulisan di blog rasmi Lim Kit Siang yang mendakwa WHO salah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial kerana mengadakan mesyuarat dengan 500 orang peserta.

    “Ini nampaknya menarik, untuk mengadakan mesyuarat bersama 500 orang peserta, ini melanggar satu antara larangan untuk menghindar Covid-19 iaitu penjarakan sosial,” katanya.

    Beliau kemudian meminta Dr Adham mengemukakan bukti tentang mesyuarat berkenaan.

    Menteri Kesihatan telah pun awal-awal mengatakan bahawa beliau mengadakan mesyuarat secara maya dengan kesemua peserta yang juga berada di lokasi masing-masing bukanlah kesemua 500 orang di dalam satu tempat.

    Orang ramai mula tertanya-tanya siapakah yang mengendalikan penulisan di blog Penasihat DAP itu kerana ia merupakan satu dakwaan yang salah dan seakan-akan memperlekehkan WHO.

    Rakyat menyifatkan tindakan Kit Siang seperti mengambil kesempatan ketika netizen mengecam Dr Adhmam selepas beliau tersalah sebut 500 buah negara sebelum ini ketika mengadakan perbualan video dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi.

    Netizen juga terfikir ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara ada menteri yang memegang portfolio pentng tentang keselamatan negara boleh salah sebut bahawa negara Malaysia bersempadan dengan China, padahal beliau tidak kata apa-apa pun. – TRI

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini