KUALA LUMPUR: Menghampiri Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, DAP menggesa Pakatan Harapan (PH) ‘memperbetulkan’ persepsi rakyat terhadap gabungan itu, dalam usaha ia menawan kembali Putrajaya.
Veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa PH harus mengakui kegagalan falam isu komunikasi sebelum ia kehilangan sokongan pengundi.
Kit Siang mendakwa wujudnya persepsi yang bercanggah bahawa DAP adalah anti-Melayu dan juga telah menjual kepentingan orang bukan Melayu.
Apatah lagi kegagalan PH melaksanakan janji-janji manifestonya ketika di menjadi kerajaan, serta gagal menjelaskan kepentingan keputusan pilihan raya umum 2018.
Malah Kit Siang juga menyatakan bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa kononnya UMNO telah memberi gambaran bahawa DAP mahu “memusnahkan orang Melayu” dan kerajaan Melayu-Islam diperlukan untuk menggantikan kerajaan PH.
“Tetapi Mahathir hanya menunjukkan separuh daripada gambaran itu. Di kalangan orang bukan Melayu, khususnya orang Cina, terdapat dakwaan di sebaliknya bahawa PH merupakan kerajaan Melayu atau Mahathir, dan DAP telah menjual hak dan kepentingan orang bukan Melayu secara umumnya dan khususnya terhadap kaum Cina.
“Ini adalah kegagalan komunikasi pertama kerajaan PH, di mana Mahathir mengakui kerajaan PH gagal menangkis dakwaan tidak berasas ini,” katanya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata PH juga tidak dapat menjelaskan dakwaan bahawa gabungan itu gagal melaksanakan manifesto selama 22 bulan mentadbir sehingga ia ditumbangkan melalui pengkhianatan.
“Ada sebab yang wajar untuk rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan perkembangan pembaharuan institusi atau perkembangan pelaksanaan janji-janji pilihan raya, dan inilah sebabnya saya bertemu Mahathir pada pertengahan 2019 dan menyatakan kebimbangan saya tentang perkembangan berkenaan dalam mengotakan manifesto pilihan raya PH.
“Saya berhasrat untuk bertemu perdana menteri selepas penggal pertengahan kerajaan PH tetapi ia telah ditumbangkan selepas 22 bulan.
“Mandat PH untuk mengotakan manifesto pilihan raya adalah selama lima tahun. Jika pada separuh penggal pertama, pelaksanaan manifesto pilihan raya lambat atas sebab apa pun, ini boleh dipulihkan pada separuh kedua penggal dalam lima tahun tersebut dengan mempercepatkan pelaksanaan manifesto pilihan raya itu.
“Tetapi ia dijadikan sesatu yang mustahil oleh konspirasi Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan PH dalam tempoh 22 bulan mentadbir,” katanya.
Malah Kit Siang dalam masa yang sama mengakui kegagalan komunikasi PH yang ketiga berhubung memberi perhatian kepada rakyat tentang kepentingan keputusan pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dalam menamatkan hegemoni politik UMNO.
Dakwanya kesan kegagalan itu dapat dilihat apabila Malaysia kini berada dalam senario politik baru yang sedang mencari keseimbangan, dengan menyaksikan empat perdana menteri dalam tempoh lima tahun.
“Pengajaran untuk rakyat Malaysia adalah untuk menyedari bahawa perjuangan politik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara besar bertaraf dunia adalah satu perjuangan yang lama dan sukar serta memerlukan ketabahan dan stamina untuk jangka masa panjang.
“Ia mengambil masa setengah abad untuk memecahkan hegemoni politik UMNO.
“Kita mungkin memerlukan setengah abad lagi untuk mencapai impian Malaysia untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia – kerana ia tidak boleh dilakukan dalam satu atau dua tahun, atau dalam satu atau dua dekad,” katanya.
Begitu juga kegagahlan PH memorandum persefahaman (MOU) tentang transformasi dan kestabilan politik dengan PH yang ditandatanganinya dengan kerajaan hari ini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Melalui perjanjian itu kerajaan menjanjikan senarai panjang pembaharuan yang merangkumi pembaharuan parlimen, menurunkan had usia mengundi, meluluskan rang undang-undang antilompat parti, menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, memberi fokus kepada COVID-19, memastikan kebebasan kehakiman dan memenuhi Perjanjian Malaysia 1963.
Pelaksanaan pembaharuan ini akan dipantau oleh 10 Ahli jawatan orang anggota yang bersifat bipartisan dan akan bermesyuarat dua minggu sekali.