KUALA LUMPUR: Memilih bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar di dalam PRU15 yang lalu adalah satu kesilapa buat dirinya.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan rasa kesal itu selepas Iskandar Dzulkarnain mengkhianati parti dengan mengumumkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sebagai ketua Bersatu Perak, Ahmad Faizal mendakwa beliau ada “suara” menentukan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) di negeri itu termasuk Iskandar.
Menurutnya, beliau meyakinkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Iskandar Dzulkarnain boleh membawa kemenangan dan memilihnya atas dasar kepercayaan.
“Saya jadikan beliau calon dan (akhirnya) telah memungkiri taat setia kepada parti.
“Namun saya ajak dia khianati parti tidak sama sekali,” katanya pada penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di IDCC.
“Saya mengaku ada buat kesilapan (memilih calon pilihan raya untuk Bersatu).”
Pada 12 Okt, Iskandar menjadi Ahli Parlimen Bersatu pertama yang menyokong kerajaan Anwar Ibrahim.
Langkahnya itu kemudiannya diikuti Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).