Khalid Samad Jadi Ahli Parlimen Pertama Diarahkan Keluar Dewan Oleh Speaker Baharu

Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun semalam bertindak mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad keluar dari dewan kerana membuat kecoh dan berterusan mengganggu prosiding Parlimen.

Kejadian itu berlaku hanya sejurus selepas Azhar Azizan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua pada sidang Parlimen semalam.

Khalid diarahkan keluar dewan sehingga habis sesi persidangan semalam.

Kekecohan dan suasana hangat terus berlaku apabila Speaker Dewan Rakyat terus menyampaikan ucapan dan kemudiannya mikrofon terpaksa ditutup bagi membolehkan Azhar menyampaikan ucapan sulung beliau.

Ahli Parlimen Shah Alam dari PAN, Khalid Samad.

Azhar dalam ucapannya berkata beliau percaya ahli-ahli yang berhormat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna demi kebaikan dan kepentingan negara.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menghargai jasa-jasa perkhidmatan sahabat saya Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Mohamad Yusof kepada Dewan rakyat khasnya dan institusi parlimen amnya.

“Saya berharap agar ahli-ahli yang berhornat dapat memberi kerjasama yang baik kepada saya sepertimana yang telah diberikan Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Mohamad Yusof sebelum ini agar kita dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dewan yang mulia ini dengan adil dan saksama.

“Saya akhiri dengan ucapan terima kasih atas perlantikan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat , semoga Allah swt mempermudahkan tugas kita bersama dan saya berjanji akan cuba menunaikan tugas-tugas saya dengan saksama sepertimana ikrar yang telah saya lafazkan tadi,” katanya.

BACA JUGAPelantikan Azalina Bukti Penghormatan Kerajaan Terhadap Wanita

Semalam, usul kerajaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan Dewan Rakyat, melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Pada sesi berikut selepas berhenti rehat, Muhyiddin mengusulkan pencalonan Azhar, Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Speaker mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Dilaporkan juga, Mohamad Ariff berkata pengguguran beliau daripada jawatannya itu adalah mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini