Bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menepis dakwaan kononnya beliau akan mengetuai sebuah parti baru.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai parti baru. Siapa kata ada parti baru?” kata menteri kanan itu selepas menghadiri majlis penyampaian sijil Sistem Pengurusan Anti-rasuah di Menara MITI, semalam.
Malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga menolak andaian ‘parti baru’ itu berdepan masalah kelewatan pendaftaran dengan menegaskan dirinya tidak pernah membuat permohonan penubuhannya.
Desas-desus kewujudan parti baru yang bakal diketuai Azmin mula bertiup kencang sejak bulan lalu, selepas dirinya dan beberapa pemimpin PKR mengumumkan keluar parti pada Februari lalu untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).