Ketua Pemuda UMNO Raub, Sokong Pemilihan Parti Diadakan

KUALA LUMPUR: Bagi menjulang proses demokrasi, pemilihan parti perlu dilakukan, kata Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohammad Kamal.

Fadzli berpandangan, dalam kontek demokrasi ini beliau percaya ahli-ahli parti menjurus kepada pemilihan parti, namun sedikit berbeza apabila ada sebahagian ahli yang tidak mahu pemilihan parti itu diteruskan. 

“Kita tengok suasana (mood) perwakilan macam mana. Kalau dalam soal pemilihan parti dalam konsep pemilihan parti pastilah kita menjurus kepada pemilihan.

“Pada saya bukan hanya kepada rakyat di peringkat akar umbi juga perlu diyakinkan bahawa kita menjulang proses demokrasi,” katanya ketika ditemui media di Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022), di sini, hari ini. 

Ditanya samada perwakilan UMNO Pahang mahu pemilihan itu dibuat atau tidak, Fadhli berkata itu terpulang kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

“Saya ketua pergerakan pemuda UMNO bahagian Raub dan kita sentiasa terbuka dengan hasrat akar umbi UMNO dan sudah menjadi tradisi di negeri pahang ini kita patuh kepada pendirian dan juga keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang. 

“Jadi apa sahaja yang diputuskan oleh pengerusi perhubungan kita akur,” katanya.  

 

BBerkaitan

Latest articles