Ketua Pemuda Pas Jawab Sindiran Amanah, Minta Usaha Sekurangnya Tidak Hilang Deposit

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, secara sinis menjawab sindiran Ketua Pemuda Amanah Terangganu, Zamir Ghazali yang  mencadangkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang agar dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Fadhli berkata, pemuda Amanah perlu berusaha menjadi ketua pembangkang di Dun Terengganu terlebih dahulu atau setidaknya tidak hilang wang deposit pada PRU15 sebelum mencadangkan perkara itu kepada Perikatan Nasional (PN).

“Cantik dah cadangan ini, tp serahkan shj kpd pihak kami untuk memutuskannya. Di sebelah tuan, usahakan biar ada ketua pembangkang dari parti tuan di DUN Terengganu dulu, atau sekurang-kurangnya tidak hilang deposit,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Zamir berkata pelantikan Hadi Awang sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri adalah wajar memandangkan PAS memenangi kerusi Parlimen paling banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sejak PRU14 pada 2018, menyaksikan tiada calon Pakatan Harapan (PH) terutama Amanah menang di Terengganu.

 

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles