Ketua Bahagian Yang Kemuka Nama Calon PRN

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kepimpinan tertinggi hanya menerima nama-nama calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) berdasarkan apa yang dikemukakan oleh Bahagian.

Mohamad, atau Tok Mad mengulas mengenai ketiadaan nama Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz yang sebelum ini dikatakan bakal menjadi calon PRN Selangor.

Menurut beliau, proses tapisan calon adalah di peringkat perhubungan negeri sebelum nama calon diserahkan kepada kepimpinan pusat BN.

“Jadi terpulang kepada Badan Perhubungan (negeri) masing-masing untuk menamakan (calon) tapi di sini menyaring dan mana yang sesuai.

“Kita (kepimpinan utama BN) bincang semula dengan Badan Perhubungan dan secara persetujuan bersama kita akan memilih calon terbaik wakili parti,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis pengumuman calon BN PRN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam tadi.

Bagaimanapun Mohamad tidak menolak kemungkinan ada nama lain yang mungkin akan dicalonkan, walaupun senarai nama telah diumumkan.

“Kadang-kadang watikah (calon) tukar, jadi kita tak tahu (sama ada bertambah atau tidak),” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu yang belum diumumkan malam ini.

“Cuma ada satu DUN yang kita belum namakan di Terengganu kerana kita buat saringan-saringan tertentu, seperti biasa.”

BBerkaitan

Latest articles