Pengarah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil Refuge for the Refugees,Heidy Quah tampil memberikan keterangan kepada polis tentang hantaran yang dibuat di laman Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan ke atas pelarian kononnya berlaku di pusat tahanan imigresen.
Dia ditemani peguamnya, New Sin Yew memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, semalam.
Menurutnya, dia diminta menyerahkan telefon bimbitnya kepada polis dan memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan.
Peguamnya berkata, Quah disiasat susulan satu laporan polis yang dibuat Jabatan Imigresen terhadap catatan di Facebooknya.

Quah disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Hantaran Heidy bertarikh 5 Jun 2020 menyebut secara jelas dia bercerita tentang dakwaan seorang wanita yang mengatakan dia tidak dilayan secara yang sepatutnya ketika ditahan di bawah kesalahan imigresen.
MESTI BACA – Ismail Sabri Tuntut Al-Jazeera Mohon Maaf
Dia dikecam tetapi tidak pun memadam hantaran berkenaan sebaliknya menuduh pihak yang mengecamnya sebagai melakukan buli siber.
Dakwaan yang ditulis oleh Heidy agak kasar merujuk kepada tindakan pihak Jabatan Imigresen dan ia wajar disiasat.
Sejak akhir-akhir ini, muncul banyak tuduhan liar dan tidak berasas ke atas kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Imigresen ekoran langkah tegas yang diambil oleh kerajaan dalam membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari terus berada di negara ini.