Ketepikan Politik, Shafie Kata Sabah Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Pusat

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri komited untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin demi kelangsungan pembangunan negeri dan negara.

Muhyiddin Harap Sabah Sokong Kerajaan Pusat Selepas PRN Nanti

Bahkan Shafie berkata perkara itu telah dimaklumkan sendiri kepada Perdana Menteri, namun menegaskan bahawa kerjasama tersebut tidak membabitkan soal politik.

“Saya sudah maklumkan pada beliau (Muhyiddin) bahawa Sabah akan mengamalkan (kerjasama) G-to-G (kerajaan dengan kerajaan), antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk kepentingan negara.

“Bukan seperti haluan politik. Saya nyatakan politik adalah berbeza dan ketepikan itu. Pendirian politik saya untuk sesetengah perkara dan prinsip berbeza. Tapi kita memberi kerjasama dalam membina negara. Itu penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah, hari ini.

Kelmarin, Muhyiddin semasa lawatannya ke Sabah berkata adalah lebih baik kerajaan negeri memilih haluan yang sama dengan kerajaan pusat supaya dapat memberikan manfaat yang besar kepada negeri dan rakyat.

Sabah akan menghadapi Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini