Kestabilan Politik Di Johor Menjamin Potensi Kemajuan Negeri

KUALA LUMPUR: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat penting untuk memberi kestabilan kepada negeri berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Johor mempunyai potensi besar untuk lebih maju ke hadapan.

“Setiap kerja keras harus berpandukan kepada kekuatan parti serta jentera yang aktif di akar umbi, peranan orang muda hatta media sosial yang menjadi medium penting untuk memastikan kemenangan parti.

“Saya yakin kita boleh beroleh kemenangan sekiranya kita bersatu-padu dan saling menyokong antara satu sama lain dalam sebuah payung Barisan Nasional. Ayuh semarakkan perjuangan, Undi Barisan Nasional, PRN Johor 2022,” katanya di dalam hantaran Facebook rasminya.

Menerusi hantaran yang sama, Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri turut melampirkan gambar pertemuan beliau bersama jentera BN di Dewan Putra Padang Lerek, Ledang yang disifatkannya sebagai jentera yang penuh bersemangat dalam memastikan kemenangan BN di Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

BBerkaitan

Latest articles