Kesihatan Tun Abdullah Merosot Berita Palsu

Tahap kesihatan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih baik, demikian kenyataan pegawai khasnya, Datuk Jefridin Atan.

“Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan berita tular berhubung keadaan kesihatan Tun dan beliau berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga.

“Pihak Pejabat juga amat kesal dengan penularan berita palsu ini dan berharap masyarakat dapat memastikan kesahihan dari pihak yang berautoriti,” jelasnya.

Terdahulu pada semalam, tular di media sosial mengatakan bahawa Abdullah, atau mesra dikenali sebagai Pak Lah telah meninggal dunia.

Untuk rekod, Abdullah kini yang berusia 81 tahun dilahirkan pada 26 November 1939 memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelima, juga sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri bermula 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini