More

    Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

    Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, demikian menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

    Dalam masa yang sama PAS juga berharap rakan sekutu mereka di dalam PN, iaitu Barisan Nasional (BN) turut mengambil pendirian yang sama.

    “PAS menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

    “Pada masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan,” demikian memetik kenyataan yang dimuatnaik di Facebooknya.

    Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dalam masa yang sama menyeru rakyat Malaysia sentiasa berdoa serta memohon perlindungan berterusan daripada tuhan supaya pandemik Covid-19 di negara ini dapat ditangani selain memastikan keamanan negara.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini